Pengetua Kolej, Pekan Ramli berkata, program itu bertujuan untuk mendekatkan para jawatankuasa pelajar dengan pengurusan kolej, di samping memberi pembelajaran secara terus tentang pengurusan program.

Katanya, latihan menyelam turut diadakan untuk memberi daya tahan dan memberi peluang kepada para peserta mengintai kehidupan dasar laut yang mempersonakan sekali gus menghayati keindahan laut biru Pulau Redang yang masih terjaga.

Selain daripada melihat ikan yang berwarna warni di dasar laut, para peserta juga berpeluang melihat penyu yang turut sama berada di kawasan berkenaan.

Para peserta yang juga sebahagiannya pelajar Alam Bina amat berpuas hati dengan program yang dianjurkan ini khususnya aspek keselamatan para peserta.

Sebelum bertolak balik, satu lagi destinasi wajib singgah ialah ke Pasar Payang dan tidak sah kalau tidak dibawa pulang keropok lekor, satar serta batik Terengganu. - UTUSAN ONLINE