Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Seramai 24,012 calon duduki UPSR di Pahang

UPSR
CALON Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sharifah Farin Najwa Syed Zulkifli, 12, memeluk ibunya, Sharifah Jamilah Syed Sagap sebelum memasuki dewan peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Belukar di Kuantan, Pahang hari ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 11 Sept. - Seramai 24,012 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 550 sekolah di seluruh negeri ini menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, 19,814 calon adalah dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (3,087 calon), sekolah jenis kebangsaan Tamil (489 calon), sekolah menengah kebangsaan (144 calon) dan sekolah agama bantuan kerajaan 63 calon.

“Seramai 415 calon daripada lima buah sekolah swasta turut menduduki peperiksaan ini kali ini.

“Kuantan mempunyai paling ramai calon iaitu 7,836 orang diikuti Temerloh seramai 2,756 orang,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain