Mazlina Mohd. Ali

Pengurus Kanan JobHouse, Mazlina Mohd. Ali berkata, seminar itu dilakukan untuk menanam perasaan cinta bagi subjek matematik dalam diri kanak-kanak dengan cara yang berbeza dari teknik yang diajarkan di sekolah.

“Dalam seminar ini, peserta akan belajar menghafal sifir menggunakan teknik ‘sifir meow’. Teknik ini sangat mudah kerana peserta hanya perlu menggunakan ta­ngan sahaja untuk melakukan kira-kira.

“Kita juga menjemput tenaga pengajar dari Maths Catch iaitu sebuah akademi yang mempunyai kepakaran dalam bidang matematik khas untuk semua peserta ini,” katanya ketika ditemui selepas program yang berlangsung di Ibu Pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, di sini, hari ini.

Menurut Mazlina, pihaknya merancang untuk menganjurkan siri seminar itu pada tahun hadapan berikutan sambutan luar biasa yang di­terima dalam seminar itu.

Sementara itu, seorang daripada peserta yang datang dari Bota, Perak, Ain Nadhira Qisya, 7, berkata, dia bersama keluarganya datang ke Kuala Lumpur pada hari Jumaat semata-mata untuk menyertai seminar berkenaan.

Katanya, ibunya mendaftakan namanya dalam seminar itu selepas membaca promosi yang dilakukan dalam akhbar Utusan Malaysia.