Pengarah program, Siti Nor Hasmuni Hassan berkata, program berkenaan yang dianjurkan hasil kerjasama Pasukan Awjad Pulau Pinang, Perpustakaan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Pendidikan Guru (IPG) Tuanku Bainun, Telaga Biru dan Al Ameen bertujuan menyuburkan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan rakyat negeri ini.

"Program ini adalah program ketiga yang dianjurkan dan kali ini jumlah penyertaan peserta amat menggalakkan.

"Kita hanya sasarkan dalam 100 orang peserta namun hampir 200 peserta datang ke seminar ini dan masih ada 50 lagi peserta terpaksa dimasukkan ke dalam senarai menunggu kerana tempat yang terhad," katanya ketika ditemui di IPG Tuanku Bainun di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE