Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, seminar ini merupakan kerjasama mantap dengan pihak Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur untuk membantu melengkapkan persediaan calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah angkat YPC.

“Diharap semua sesi seminar yang diadakan dapat membantu pelajar terbabit untuk menghadapi peperiksaan dengan jayanya,” kata beliau dalam satu kenyataan menerusi e-mel baru-baru ini.

Seminar ini melibatkan subjek-subjek peperiksaan mengikut peringkat rendah dan me­ne­ngah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Ekonomi Asas dan Perdagangan.

Jurulatih Utama subjek-subjek berkaitan membimbing peserta dengan teknik dan kaedah menjawab soalan yang menepati kehendak skema pemarkahan.

Menurut Syed Ali, YPC sentiasa mengikuti dan mengenal pasti isu pembelajaran dalam kalang­an pelajar sekolah-sekolah ang­katnya supaya setiap program yang diadakan menepati keperluan mereka.