Poster hebahan Seminar Pendidikan Ummah Nasional (SPUN) 2018
Poster hebahan Seminar Pendidikan Ummah Nasional (SPUN) 2018

Presiden iGuru, Mohd. Azizee Hasan berkata, seminar ini merupakan platform bagi semua warga pendidik dan individu yang prihatin untuk berbincang dan bermuafakat serta mencari penyelesaian terbaik kepada pelbagai isu berkaitan pendidikan yang berlaku dalam negara ini.

“Sesungguhnya, cabaran terbesar kita adalah menentukan hala tuju pendidikan negara dan mengangkat agenda pendidikan bangsa supaya kerangka pendidikan kita memenuhi aspirasi pendidikan negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Justeru, iGuru mengajak semua warga pendidik dan warga yang prihatin untuk turut bersama iGuru bagi mengupas dan mencari penyelesaian untuk menangani isu-isu pendidikan negara melalui SPUN 2018,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.

Seminar tersebut akan menampilkan beberapa tokoh pendidikan seperti Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Abdul Raof Hussin, bekas Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Datuk Mohamed Sabri Mohd. Arsad dan Tokoh Guru Negeri Sembilan, Datuk Azam Md. Atan.

Sebarang maklumat berkenaan SPUN 2018 boleh didapati di laman Facebook rasmi iGuru atau menghubungi urusetia seminar di talian 016-556 4023 (Nuraizam Idris) dan 017-987 9620 (Halimazatul Azna). - UTUSAN ONLINE