Baru-baru ini, Biro Latihan dan Pendidikan YPC telah mengundang guru-guru subjek yang berpengalaman untuk membimbing pelajar tingkatan tiga memahami kaedah yang betul menjawab soalan mengikut kehendak struktur peperiksaan dalam satu Seminar Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) di Kuala Lumpur.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, program pendidikan seperti ini akan diadakan secara berterusan agar pelajar di sekolah-sekolah angkat YPC membuat persediaan secara lebih berfokus untuk menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PT3 dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Seminar peperiksaan yang kita adakan ini, merupakan satu lagi komitmen berterusan YPC untuk membantu kecemerlangan sekolah-sekolah angkat.

“Kita ingin melihat kejayaan yang berterusan di peringkat sekolah-sekolah angkat, hingga mampu menjadi contoh atau role model kecemerlangan kepada sekolah-sekolah lain,” katanya.