Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, tanggungjawab sosial ini dilaksanakan selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan supaya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan membantu kementerian menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025.

Sejak awal sesi persekolahan 2015, YPC telah melaksanakan pelbagai kursus melibatkan pengetua, guru besar, penolong kanan dan guru-guru subjek.

Fokus kursus adalah faktor kepimpinan, kemahiran mengurus, penyediaan perancangan strategik, kaedah pembelajaran dan pengajaran berkesan sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa.

Antara kursus yang dilaksanakan termasuklah Pemantapan Jati Diri Pengetua, Protokol dan Etika Guru Besar, dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk guru-guru subjek.