Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

YPC anjur kursus tingkat profesionalisme guru besar

Sebahagian guru besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mengikuti
Sebahagian guru besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme anjuran YPC di Kolej YPC IT WEB, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

YAYASAN Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan Kursus Pe­ning­katan Profesionalisme melibatkan 210 guru besar Wilayah Per­sekutuan Kuala Lumpur di Kolej YPC IT WEB, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, objektif utama kursus ini adalah untuk membantu guru besar mening­katkan profesionalisme yang me­rangkumi aspek pengetahuan, ke­mahiran dan kepemimpinan bagi membolehkan mereka terus menerajui sekolah masing-masing dengan lebih yakin dan berkesan.

“Kursus ini merupakan sokong­an padu YPC terhadap usaha Kementerian Pendidikan untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi dapat ditempatkan di setiap sekolah seperti yang terkandung dalam sebelas anjakan transformasi sistem pendidikan negara.

“YPC sentiasa perihatin dengan keperluan ini, sebab itulah kita sentiasa menyokong semua program yang boleh memberikan impak jangka panjang, terutamanya program yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme gu­ru besar,” katanya.

Hal ini kerana, tegas beliau, guru besar merupakan pemimpin pendidikan di peringkat sekolah rendah yang memikul tanggungjawab besar untuk membentuk dan melahirkan generasi pelajar yang cemerlang akademik, sahsi­ah serta cintakan negara.

“Oleh itu, guru besar perlu memperkasakan diri dengan pe­ngetahuan dan kemahiran yang tidak terikat dalam bidang pendidikan sahaja, tetapi mencakupi bidang-bidang lain seperti sosial, ekonomi, politik dan sebagainya,” tambah Syed Ali.

Dalam kursus ini, peserta didedahkan dengan konsep kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di samping isu-isu semasa ber­ka­it­an keselamatan negara.

Sebelum ini, YPC menganjurkan Seminar Pembelajaran Abad ke-21 untuk 160 Guru Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran Wilayah Bangsar dan Pudu Kuala lumpur.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain