Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

YPC anjur bengkel pemantapan bahasa Melayu

Guru-guru subjek Bahasa Melayu tahun 6 sekolah-sekolah rendah
Guru-guru subjek Bahasa Melayu tahun 6 sekolah-sekolah rendah Wilayah Bangsar dan Pudu Kuala lumpur tekun mengikuti Bengkel Pemantapan Bahasa Melayu UPSR 2016 di Kolej Antarabangsa YPC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menganjurkan bengkel khusus bagi memantapkan pe­n­­getahuan dan kemahiran 100 guru subjek Bahasa Melayu tahun enam sekolah-sekolah rendah Wilayah Bangsar dan Pudu Kuala lumpur di Kolej Antarabangsa YPC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, bengkel pemantapan subjek Bahasa Melayu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 ini diadakan berdasarkan permintaan guru terbabit yang perlukan maklumat tambahan serta bimbingan khusus berikutan perubahan format peperiksaan subjek berkenaan.

“Bengkel ini telah memberikan input berguna dan menunjukkan impak yang sangat baik kepada guru-guru terbabit dan diharap ini akan membolehkan mereka fokus dalam proses pengajaran dan pem­belajaran di bilik darjah menepati kehendak format baharu peperiksaan,” katanya.

Perubahan format peperiksaan UPSR subjek Bahasa Melayu melibatkan Kertas 1 dan Kertas 2 iaitu bahagian penulisan dan pemahaman.

Menurut Syed Ali, YPC sentiasa prihatin terhadap setiap isu yang dihadapi oleh guru-guru, terutama apabila berlaku sesuatu perubahan dalam format peperiksaan awam seperti UPSR.

“Sasaran YPC adalah untuk mem­bantu meringankan beban gu­ru-guru khususnya yang me­ngajar di sekolah-sekolah angkat YPC dan di seluruh Kuala lumpur amnya,” ujar beliau.

Bengkel ini diadakan de­ngan ke­rjasama Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain