Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Yayasan Pelajaran 
Mara anjur Tuisyen Rakyat

ZAHIDA ZARik KHAN (berdiri, tujuh dari kanan) bersama peserta
ZAHIDA ZARik KHAN (berdiri, tujuh dari kanan) bersama peserta Program Tuisyen Rakyat anjuran YPM Parlimen Raub di Sekolah Kebangsaan Raub Jaya, Raub, Pahang, baru-baru ini.

RAUB 16 Mei – Seramai 100 murid dari 10 buah sekolah di daerah ini menyertai Tuisyen Rakyat bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 anjuran Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Parlimen Raub di Sekolah Kebangsaan (SK) Raub Jaya di sini baru-baru ini.

Murid terlibat dari SK Raub Jaya, SK Bandar Raub, SK Mahmud, SK Gali, SK Muhammad Jabar, SK Raub Indah, SK Batu Talam, SK Ulu Gali, SK LKTP Krau Satu dan SK Tanjung Raja.

Majlis perasmian program Tuisyen Rakyat disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Zahida Zarik Khan.

Zahida ketika berucap di majlis berkenaan berkata, Tuisyen Rakyat bagi calon UPSR YPM bermula sejak 2013 namun pada 1 Jun lalu program itu telah dijenamakan semula dikenali sebagai Tuisyen [email protected]

“Pada tahun ini, YPM merancang akan melaksanakan Tuisyen Rakyat di 160 buah pusat terdiri daripada 146 program untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 14 pusat calon peperiksaan UPSR melibatkan seramai 16,000 pelajar seluruh negara.

“Program ini berkonsepkan kelas tuisyen secara berpusat yang dilaksanakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau sekolah terpilih sebagai tuan rumah, manakala setiap pusat akan disertai seramai 100 peserta,” katanya di sini baru-baru ini.

Sempena program berkenaan, seramai 30 fasilitator dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Raub turut membantu murid berkenaan dengan berkongsi kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan motivasi pembelajaran.

Zahida yang juga Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO berkata, pihak YPM juga melantik Pu­teri UMNO Bahagian sebagai penyelaras di setiap pusat terpilih untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan le­bih lancar serta mencapai matlamat kecemerlangan peserta.

Katanya, sehingga ini seramai 1.1 juta pelajar telah menerima manfaat daripada pelbagai program pendidikan Mara di seluruh negara.

“Usaha YPM ini juga sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia untuk menjana pengetahuan dan kemahiran pelajar antara keperluan transformasi pembangunan modal insan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain