Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wujudkan peti lawatan polis asrama sekolah

Rosli AB. RAHMAN (tengah) diiringi  Shafruddin Ali Hussin  membuat
ROSLI AB. RAHMAN (tengah) diiringi Shafruddin Ali Hussin membuat catatan pada buku lawatan polis selepas melancarkan peti polis di asrama SMK Ibrahim Fikri , Kuala Terengganu,semalam.

KUALA TERENGGANU 25 Feb. – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Peti Lawatan Polis Asrama Sekolah dalam usaha membendung ke­giatan buli, pergaduhan dan curi dalam kalangan pelajar asrama.

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, pendekatan yang dirintis Terengganu itu bakal dimanfaatkan di kesemua 104 asrama sekolah di seluruh negeri sebagai langkah awal menangani salah laku tersebut secara lebih proaktif.

Katanya, aspek keselamatan pelajar asrama merupakan tanggungjawab bersama, justeru de­ngan kehadiran pihak polis di sekitar kawasan sekolah serta as­rama pada waktu-waktu ter­tentu secara tidak langsung dapat menangani sebarang kegiatan jenayah sekali gus mencegah perkara tersebut daripada berlaku.

“Kejadian buli memang berlaku, tetapi di sini keadaannya masih terkawal dan kita menjangkakan dapat dikurangkan hingga ke tahap sifar.

“Inisiatif ini tercetus hasil perbincangan di peringkat jabatan dan pelaksanaannya di­lihat bertepatan dengan hasrat kita dalam membentuk generasi Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang setanding negara maju,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Peti Lawatan Polis Asrama Sekolah Peringkat Terengganu 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab. Rahman.

Menurut Shafruddin, langkah itu merupakan kesinambungan kepada program Peti Aduan Dis­p­-
lin Murid yang diperkenalkan di peringkat kementerian baru-baru ini.

Rosli yakin Peti Lawatan Polis Asrama Sekolah itu dapat me­ningkatkan kesedaran pelajar bahawa pihak polis dan sekolah memandang serius kes-kes jenayah buli, pergaduhan dan curi.

Walau bagaimanapun katanya, buat masa ini polis tidak meletakkan sebarang sasaran penurunan kes kerana mahu menilai dahulu trend berdasarkan laporan yang diterima kelak.

“Berdasarkan statistik, kes jenayah di asrama sekolah di negeri ini tidak membimbangkan dan untuk tahun pertama ini, sekiranya dapat dikurangkan sebanyak lima peratus pun sudah bermakna,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain