Dua pelajar MRSM Kubang Pasu iaitu Amir Hazim Zulhazim,16, dan Muhammad Khalis Irfan Khairudin, 16, merangkul pingat emas dalam kategori filem pendek menerusi karya bertajuk 'The Lost'.

Pingat gangsa pula disumbangkan pasukan dari MRSM Langkawi iaitu Muhamad Sohail Lal Lal Muhamad, 16, dan Muhamad Faris Izzuddin Mat Rodzi, 16,  dalam kategori robotik menerusi robot mereka bergelar 'Mini Sumo'.

Kepulangan pelajar-pelajar terbabit daripada pertandingan yang berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei lalu itu disambut oleh Timbalan Pengarah Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Menengah Mara, Shahrizal Mohd. Saderi, warga Mara dan ahli keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE