Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad berkata, akhbar yang diberi nafas baharu itu secara tidak langsung menepati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang mengutamakan kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran murid dan pelajar.

"Pihak Utusan Pelajar memperkenalkan sistem penarafan bintang bagi menilai reaksi sekolah dan keberkesanan program Perhimpunan Mingguan sebagai Hari PAK-21 bertujuan memberi penghargaan kepada warga sekolah.

"Kami berbangga sumber pendidikan Utusan, iaitu akhbar sisipan dan beberapa karya lain diiktiraf Kementerian Pendidikan sebagai buku teks komponen sastera untuk pelajar sekolah menengah bagi mata pelajaran sastera Melayu," katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Pelancaran Utusan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2017 yang disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan, di Padang A, Angsana Mall Johor Bahru, di sini sebentar. - UTUSAN ONLINE