Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Meru Jalan Tap, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lee Min dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Vallambrosa.

Timbalan Menteri Pendidikan yang juga penaung yayasan berkenaan,­ Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, program yang akan diperluaskan ke sekolah-sekolah lain itu bakal menjadi inspirasi kepada semua murid untuk mengamalkan moral yang baik dalam masyarakat.

“Pembentukan anak-anak yang berjaya bukan sekadar pencapaian dalam bidang pendidikan malah meliputi sahsiah diri.

“Ini menjadi tanggungjawab bukan sahaja kerajaan malah pihak swasta untuk bersama-sama meningkatkan­ sistem pendidikan yang dinilai tambah dengan pembentukan diri yang baik,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan SP Setia, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid­ Mohd. Nordin memberitahu, program Setia Sekolah Penyayang akan disertai lebih banyak sekolah pada masa depan.

Menurutnya, program itu akan memfokus kepada aktiviti yang dapat memupuk nilai-nilai moral tinggi.

“Sebanyak 35 buah SJKC menyatakan minat untuk bersama-sama dengan Yayasan SP Setia dalam program ini.

“Pihak yayasan akan memberi perhatian kepada sekolah-sekolah di kawasan terpencil dan program ini akan dijalankan secara berterusan dalam membimbing sekolah-sekolah terbabit ke arah yang lebih cemerlang,” ujarnya.