Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Terima kasih YTL, BSN

KUMPULAN Utusan, angkat topi kepada YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menaja Festival Hari Guru di Sabah pada tahun ini.

Sesungguhnya kolum pendek ini saya tujukan khas kepada kedua-dua rakan karib ini atas kemurahan hati BSN yang mendapat jolokan bank komuniti terbesar dan YTL – sebagai pemain utama Pembelajaran Abad Ke-21 – yang membiayai program ini yang objektifnya ialah memartabatkan kerjaya keguruan yang mulia di sisi dunia dan akhirat.

Sesungguhnya BSN dan YTL telah menyerap tekanan sebahagian besar ongkos penganjuran festival di Sabah yang berlipat ganda – apabila menyentuh faktor jarak, kos dan bayaran tidak nyata yang bukan sedikit.

Pada lapan tahun lepas, ketika pertama kali Kumpulan Utusan diberi kepercayaan untuk menganjurkan Festival Hari Guru, jualan gerai adalah semata-mata punca pendapatan untuk menganjurkan festival yang menelan belanja besar itu.

Mujurlah kerajaan negeri mela­lui Menteri Besar atau Ketua Menteri bermurah hati menghulurkan pe­­najaan mengikut keikhlasan masing-masing.

Terima kasih.

Mencukupkan modal untuk menganjurkan festival berkenaan melalui jualan gerai pada ketika itu cukup melegakan walaupun para peniaga yang menempah dan membeli gerai langsung tiada kaitan dengan bidang perguruan.

Syarikat kain batik, kad sim, kedai telefon tangan, kek lapis, kain tudung, pusat bekam dan resdung, syarikat hartanah dan sebagainya memenuhkan gerai-gerai pada Festival Hari Guru – satu suasana yang tidak mencerminkan objektif dan hasrat festival.

Festival macam pasar malam, kata pengkritik.

Memang segelintir pemerhati dalaman dan luar melihat kami cukup lekeh.

“Cukuplah tahun ni, tahun depan tak payah buat.” Begitulah antara kata-kata yang dihamburkan.

Kos semakin meningkat dan adakalanya pihak Utusan berasa bersendirian. Kami tidak berputus asa, malah menggandakan usaha.

Semakin panas, kami semakin kuat.

Duit jualan gerai berkenaan hanya cukup-cukup untuk membangunkan khemah marquee serta pelbagai infrastruktur asasnya, kos tenaga manusia, kos atur cara program dan banyak lagi yang hampir setengah juta ringgit.

Adakalanya kerana ketidakcukupan modal, bilangan pendingin hawa terpaksa dikurangkan sehingga menerima banyak aduan daripada pempamer kerana kepanasan.

Perkara remeh temeh merosakkan aliran tunai sehingga bajet menjadi tidak seimbang.

Modal penganjuran perlu ditambah lagi.

Bagai meminta derma, sekretariat Festival Hari Guru ketika itu memanjat tangga bangunan korporat, bank, orang kenamaan, kenalan dan sebagainya dengan menjaja sekeping surat lantikan sebagai penganjur daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) .

Entah berapa banyak pembentangan pun kami sudah lupa.

Kehampaan demi kehampaan bertali arus. Surat tawaran dibalas dengan awal kata `dukacita dimaklumkan.’

Jauh di sudut sanubari kami merasa perit juga untuk mencukupkan sejumlah wang telah dibajetkan.

Lapan tahun berlalu.

Dengan niat yang betul, usaha yang istiqamah dan merendah diri, kini Festival Hari Guru ialah acara kelas pertama dan mempunyai nilai standing dengan acara utama yang lain di negara ini dari segi penyertaan dan penajaan.

Kemurahan hati YTL dan BSN menepati petua orang tua tentang cara mengenal kawan ketika susah dan senang.

Kepada BSN, anda adalah sahabat baik ketika susah yang selalu di samping ketika kami tergagau-gagau mencari sumber untuk meneruskan usaha memartabatkan profesion keguruan.

Bagai sebuah keluarga yang telah kenal lama dan berjiran sejak tiga tahun lepas, kami melihat kakitangannya telah melaksanakan yang terbaik sepanjang acara, melayan pelanggan dengan ramah tamah, menyediakan segala perkhidmatan yang terbaik serta sering melemparkan senyuman manis.

Kepada YTL, terima kasih daun keladi, semoga penajaan bukan habis pada tahun ini di Sabah, tetapi berterusan selepas ini.

Semoga Allah membalas usaha kita bersama ini, kerana pendidikan anak-anak bangsa adalah tanggungjawab semua orang, tanpa mengira siapa kita dan di mana kita berada.

Sebagai penganjur program, ka­mi telah mengenali sahabat sejati yang bersama-sama ketika susah dan senang.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain