Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tablet Guru kukuhkan KSSR, KSSM

Hasilkan lembaran kerja lebih kreatif melalui aplikasi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia

Tahniah kepada kira-kira 120,000 guru yang telah menerima tablet percuma sumbangan kerajaan baru-baru ini yang di dalam­nya terdapat aplikasi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia.

Contoh lembaran kerja digital yang dibangunkan menggunakan Tutor Guru.

Guru-guru yang terlibat dengan instruksi di sekolah pedalaman, kampung, pinggir bandar, bandar, hutan batu menikmati pemberian ini. Tidak timbul isu geografi dan pilih kasih.

Pemberian tablet ini adalah sejajar dengan usaha mengupayakan, memurnikan dan mengukuhkan dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Stan­dard Sekolah Menengah (KSSM) yang berakar umbi pada Perhimpunan Agung UMNO dan kemudian diterjemah dalam bentuk KSSR dan KSSM serta dilaksanakan pada 2011.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan tentang pemberian tablet berkenaan pada satu Perhimpunan Agung UMNO dan mengotakannya pada tahun lepas di Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor dan fasa seterusnya selepas ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri menyatakan ciri-ciri modal insan yang diperlukan negara sebagai sebuah negara maju, dan telah mula diterjemahkan dalam bentuk penilaian dan pentaksiran.

Inilah satu lagi bukti kemahuan politik untuk melihat pendidikan dapat memenuhi Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi menyiapkan mo­dal insan berfikiran global yang maju, berakar umbikan lokal yang tunduk kepada acuan agama, bangsa dan negara.

Di pihak yang menerima, pemberian itu perlu dihargai dan menjaga tablet itu seumpama menatang minyak yang penuh, kerana ia adalah tools yang akan digunakan untuk persediaan mengajar dan pada kesudah­annya sampai kepada anak-anak kita akan manfaatnya.

Tablet itu akan menjadi hak peri­badi pene­rima dan tidak perlu dipulangkan.

Mungkin kerana ini, mengapa kita dapati tablet berkenaan sudah tidak berada di tangan mereka lagi.

Mungkin belum dibuka, masih tersimpan dalam kotak – atau hilang dan sudah rosak kerana ada tangan-tangan yang mengubah suai setting atau sebagainya untuk memenuhi nafsu sendiri.

Masih ada yang menviralkan perkara negatif tentang­nya seperti tablet ini dipasang malware... macam tak ikhlas.”

Ada juga yang mengeluh kerana mendakwa mereka dibebankan dengan satu lagi “tambahan tool”.

Sebenarnya, bagi yang me­rasakan tablet ini menjadi beban kepada mereka, silalah isi borang penolakan yang diberi kepada setiap sekolah.

Namun, perkara ini tidak berlaku, walau di mulut lain, dalam hati, berbeza hasrat.

Nasihat kami ialah, jadikan ia sebagai organizer untuk teaching preparation tools, kerana seperti yang selalu ditekankan, tablet ini adalah alat untuk guru membuat persiapan mengajar.

Bila tiba waktu mengajar, pindahkan bahan kepada tools yang anda sudah biasa – kompu­ter riba atau komputer meja biasa yang bersambung terus kepada projektor.

Jadikan aplikasi Tutor Guru dan aplikasi e-Paper Utusan Malaysia sebagai faktor X untuk anda menghasilkan lembaran kerja yang kreatif dan dinamik sehingga mampu menyokong kenaikan pangkat.

Hal ini kerana dengan kedua-dua aplikasi ini, anda berupaya membangunkan content, pendekatan pembelajaran berasaskan pelajar, berpusatkan penyelesaian masalah menerusi pelbagai teknik, aktiviti dan kaedah, khususnya yang menjurus kepada Pembe­lajaran Abad Ke-21 (PAK-21).

Sejajar dengan objektif pemberian tablet yang seiri­ngan dengan perjalanan dan pelaksanaan KSSR, agak pelik jika guru tidak menggunakan kedua-dua aplikasi berkenaan yang memang authentic dan “dipasang khusus untuk tujuan yang khusus.’’

Diharapkan dengan kedua-dua aplikasi berkenaan, guru dapat mengupayakan keperluan dan prinsip standard pentaksiran seperti prinsip pentaksiran semasa berlangsungnya instruski, mengupayakan flipped classroom sebagai sebahagian daripada strategi blended classroom.

Bagi pihak Kumpulan Utusan, proses pembangunan perisian ketika menerima tugasan sebagai vendor bukanlah sesuatu perkara yang semudah dijangka sesete­ngah pihak.

Selain itu, faktor kos yang cukup tinggi, strategi penghantaran, taklimat demi taklimat, mesyuarat, latihan dan uji lari, tinjauan lokasi dan sudah tentu pengisian, dan intervensi adalah proses standard pada sebelum, semasa dan selepas pengagihan

Isu kos, keselamatan, pe­ngangkutan, penyimpanan, perlindungan dan sebagainya menjadi perkara yang tidak dapat dielakkan lagi.

Syarat dan permintaan pihak berkuasa perlu dipatuhi dengan ketat seperti yang digariskan. Sehubungan itu, apabila wakil sekolah yang mewakili semua guru di sekolahnya untuk mengambil tablet pada hari yang ditetapkan, mereka perlu banyak bersabar kerana terpaksa menunggu begitu lama, sehingga habis beberapa waktu instruksi - kadangkala menjangkau waktu luar kerja.

Hal ini kerana penerima atau wakil menandatangani banyak dokumen, dan perlu pula dicap.

Ketika dalam proses pembangunan aplikasi Tutor Guru pun, pihak Kumpulan Utusan perlu membuat kajian keperluan yang teliti terlebih dahulu sebelum menentukan alat yang paling sesuai untuk dibangunkan, yang mematuhi spesifikasi teknikal tablet berkenaan.

Aplikasi tidak boleh terlalu besar dan berat sehingga melampaui kemampuan tablet, sehingga waktu menunggu menjadi terlalu lama yang akhirnya me­rencat minat guru.

Tutor Guru ialah aplikasi yang dibangunkan mengikut keperluan seharian tugasan hakiki (tailor-made), dapat membantu guru dalam urusan pengajaran dan pembelajaran (PdP) (off-the-shelf) dan dibangunkan dari unit-unit sedia ada mengikut keperluan (building block).

Kumpulan Utusan juga me­ngambil kira penggunaan berbilang gajet oleh seseorang guru yang mungkin mempunyai peranti Android, IOS atau Windows.

Malah, bagi aplikasi e-Paper, ia boleh digunakan di tiga peranti serentak.

Tutor Guru pula membenarkan guru mengambil soalan daripada bank soalan Kumpulan Utusan bagi tujuan pembangunan dan pemahaman Lembaran Kerja Digital.

Guru bebas memanipulasikan Tutor Guru dalam pembangunan lembaran kerja digital, memindah terus video dari YouTube, fakta dari Wikipedia, imej dari Google dengan menyalin sumber URL.

Karakter semasa pengguna yang kerap memindah turun bahan daripada Google Play Store dan sebagainya turut menjadi sebahagian daripada senarai kajian keperluan Kumpulan Utusan.

Kemampuan spesifikasi tablet untuk memuat turun daripada sumber Google Play Store adalah tinggi kerana tablet ini mempunyai kemampuan simpanan 16GB, Memori 1GB dan versi Android yang terkini iaitu 5.0 Lollipop, boleh dinaik taraf sehingga versi 6.0 Marshmallow.

Bagi kegunaan biasa, spesifikasi ini mencukupi untuk guru.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain