Walaupun pada kejohanan sukan tahun lalu Syahbandar hanya menduduki tempat ketiga tetapi pada tahun ini rumah sukan dengan tema warna kuning itu unggul untuk mengetepikan pencabar-pencabar lain.

syahbandar
Kepuasan jelas terbayang di wajah guru dan murid yang menganggotai Rumah Syahbandar selepas muncul juara keseluruhan kejohanan sukan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1).

Dipimpin oleh ketua rumah cikgu Norazikin Wagiminm, Syahbandar muncul juara untuk acara merentas desa, sukantara, perbarisan dan johan keseluruhan.

Sementara rumah Bendahara di tempat kedua, Temenggung ketiga dan Laksamana di tempat keempat.

 

Keseluruhannya sebanyak 13 acara dipertandingkan pada kejohanan sukan SKPP11 (1) termasuk 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter. - UTUSAN ONLINE