Lima pe1ajar tingkatan empat sekolah tersebut, Nur Kasiah Suhaimi, 16; Wan Muhammad Asraf Wan Tajul Rahim, 16; Nurfarah Diana Nurhisham, 16; Nurul Aina Abdul Halim, 16 dan Ahmad Haiqal Afifi Salim, 16' membawa pulang hadiah bernilai RM3,000 beserta sijil penyertaan sumbangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Kejayaan itu juga membantu pasukan SMK Temin itu memperoleh hadiah bernilai RM300 sebagai naib johan bagi kumpulan terbaik, manakala guru pengiring pasukan, Mashitah Zaaba, 29; turut menerima ha­diah bernilai RM500 bagi kategori Guru Pembimbing Terbaik.

Ketua Inovasi Miracle Oven SMK Temin, Nur Kasiah berkata, ciptaan peralatan berkenaan cuma mengambil masa selama tiga minggu hasil idea ahli pasukan itu setelah ditawarkan menyertai program YESS peringkat negeri.

“Kita mendapat panduan teknikal daripada pengusaha Pusat Kraf Tangan Temin untuk menghasilkan peralatan memasak (membakar) lemang supaya hasil reka cipta ini berfungsi dengan baik dan boleh diko­mersialkan.

“Kejayaan ini amat membanggakan pasukan sekolah sekali gus bahan inovasi ini mampu membantu mereka yang kurang mahir membakar lemang secara mudah dan sempurna untuk dimakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, Ketua Teknikal Miracle Oven, Ahmad Haiqal berkata, idea untuk mencipta pembakar lemang tercetus kerana belum ada peralatan yang sesuai dan lebih murah di pasaran.

“Selaku ahli koperasi sekolah ini, tanggungjawab kami merea­lisasikan ciptaan peralatan ini supaya dapat digunakan untuk menyediakan lemang bagi jamuan sempena program Hari Usahawan, Hari Koperasi dan majlis keramaian tertentu di sekolah,” ujarnya.

membabitkan tetamu luar,” katanya.

Menurut Ahmad Haiqal, peralatan itu direka dalam pelbagai saiz mampu membakar 10 batang lemang dalam jangka masa sejam setengah dan mula dijual dengan harga RM1,020.

Sementara itu, Pengetua SMK Temin, Mohamad Aziman Abu Samah berkata, kejayaan ahli koperasi itu sempena pertandingan YESS peringkat negeri turut melonjak nama sekolah dalam bidang inovasi dan reka cipta.

Tambahnya, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Jerantut memberi peluang seluas-luasnya bagi pelajar menerusi bidang kemahiran tertentu supaya menghasilkan bahan inovasi dan peralatan reka cipta yang boleh dikomersialkan bagi membantu masyarakat luar.