Penolong Pengurus Pendidikan Utusan Melayu, Fauzi Hamdan berkata, sekolah menengah tersebut layak menerima penarafan empat bintang kerana berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan Sekretariat Utusan Pelajar.

“SMK Bandar Puteri Jaya adalah sekolah ketiga di negara ini yang mendapat penarafan PAK-21 empat bintang daripada Sekretariat Utusan Pelajar selain Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang, Perlis dan SMK Ideal Height, Selangor.

“Antara kriteria proses penarafan ialah melaksanakan aktiviti PAK-21 semasa perhimpunan mingguan, inisiatif dan kreativiti menampal poster PAK-21 yang dibekalkan serta kreativiti mengurus bahan berkala Utusan Pelajar di pusat sumber sekolah, mengaplikasikan Utusan Pelajar di dalam kelas.

“SMK Bandar Puteri Jaya juga telah memenuhi kriteria ditetapkan seperti menampal poster PAK-21 di pusat sumber dan melaksanakan Modul 10 minit dalam perhimpunan mingguan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Bintang Utusan Pelajar kepada Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya sekolah itu, Osman Omar di sini hari ini.

Terdahulu, Fauzi berkata, sebanyak 300 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara setakat ini telah melanggan akhbar Tutor dan Utusan Pelajar dan ha­nya sekolah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan pihak sekretariat layak untuk mendapat sijil penarafan bintang.