Guru Besarnya, Mohd. Nizam Mohamad Iksan berkata, pihaknya menerima tajaan akhbar pendidikan itu daripada Yayasan Amir bersama 19 sekolah amanah lain di seluruh negara.

Menurutnya, sumbangan tersebut amat dialu-alukan dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian murid dalam UPSR tahun ini.

“Kita mencapai GPS 2.18 pada tahun lalu dan menyasarkan 2.08 tahun ini. Selain itu, sejak 2013, ada peningkatan dalam pencapaian setiap mata pelajaran.

“Sebagai sekolah amanah sejak 2013, kita berasa bangga kerana Yayasan Amir turut menyumbang Tutor sebagai rujukan tambahan kepada calon-calon UPSR di sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menerima sumbangan Tutor daripada Yayasan Amir di sini kelmarin.

Yang hadir sama ialah Ketua Bahagian Pengurusan Penajaan Yayasan Amir, Zaiti Mohd. Ali dan Pengurus Besar Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad, Rosman Zulkifli.

Sementara itu, Zaiti memberitahu, terdapat 62 sekolah amanah di seluruh negara dan 20 daripadanya terpilih untuk menerima sumba­ngan Tutor.