Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SK Air Baruk wakili Melaka laksana Program Dengue Patrol

JASIN 10 Julai – Sekolah Kebangsaan (SK) Air Baruk di sini di­pilih sebagai wakil Melaka bagi ka­tegori sekolah rendah ke pertan­dingan Dengue Patrol pe­ringkat kebangsaan 2017 yang ber­la­ngsung baru-baru ini.

Guru Besar SK Air Baruk, Ib­rahim Rasol berkata, program kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan syarikat Sanofi Pasteur itu bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran murid sekolah mengenai demam denggi.

Menurutnya, melalui pertan­dingan itu, setiap sekolah yang terpilih di seluruh negara akan melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan kempen kesedaran denggi kepada warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat setempat.

“Program kesedaran dari pe­ringkat awal usia ini diharap dapat mendidik serta memberi maklumat berguna kepada murid-murid sekolah yang seterus­nya dapat disebarluaskan ke luar sekolah demi kebaikan bersama.

“Pihak sekolah amat berbangga terpilih untuk menjayakan program ini dan akan mencuba melakukan yang terbaik demi memenanginya yang secara ti­dak langsung mampu mengha­rumkan nama Melaka dan sekolah,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian Pertandingan Dengue Patrol yang disempurnakan Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Zainul Adnan Mohd. Said di Dewan SK Air Baruk, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Penyelia Pe­jabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin, Mogni Hamzah dan Penyelaras Program Dengue Patrol SK Air Baruk, A.C. Gobindaran.

Jelas Ibrahim, program tersebut telah diperkenalkan sejak 2011 dan ia dilaksanakan saban tahun sebagai usaha berterusan pihak Sanofi Pasteur bagi meningkatkan kesedaran mengenai denggi di kalangan generasi muda.

“Pendekatan secara interaktif yang dilaksanakan melalui program ini juga membantu murid untuk mudah memahaminya selain seronok melakukan aktiviti yang disusun,” ujarnya.

Justeru katanya, pelaksanaan program ini di peringkat sekolah diharap dapat mendidik dan membantu orang ramai untuk terus mendapatkan maklumat berkaitan wabak demam denggi seterusnya mempraktikkannya di rumah serta dikongsikan de­ngan masyarakat luar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain