Dalam sesi persekolahan yang bermula hari ini, di sekolah dalam kategori Sekolah Kurang Murid itu, empat daripada tujuh mereka yang mendaftar diri merupakan murid Melayu.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Teo Boon Ching berkata, sekolah yang berusia 66 tahun itu menerima kemasukan tujuh murid termasuk seorang perempuan.

Mereka akan dibimbing oleh tujuh orang guru di sekolah berkenaan yang menampung keseluruhan 26 orang murid dari tahun satu hingga enam.

“Bagi tahun satu, Penolong Kanan Satu, Leau Yen Ping diberi tanggungjawab sebagai guru kelas dan guru bahasa Mandarin.

“Apa yang menarik bagi kanak kanak tahun satu, mereka kelihatan saling bantu membantu satu sama lain, walaupun baru sahaja  berkawan,” katanya hari ini. - UTUSAN ONLINE