Shahida Hamzah

Shahida memenangi kategori sains pertandingan Olympiad anjuran Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) itu di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

“Belajar sendiri, bimbingan guru dan minat mendalam akan subjek Sains menjadi faktor kejayaan ini,” katanya yang juga pelajar terbaik sains di sekolahnya di Kuala Lumpur.

Selaku juara, Shahida menerima hadiah wang tunai RM1,000, sijil emas pertandingan dan sijil penyertaan.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan, Wan Muhammad Azim Wan Mohd Zain juga akan mewakili negara dalam kategori matematik.

Pertandingan seperti in dapat memupuk minat pelajar akan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).