Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon menyampaikan hadiah bernilai RM10,000 kepada Pengetua SBP Integrasi Gombak, Nor Hayati Yusoff.

Anugerah Pembestarian Sekolah ini selari dengan Anjakan 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di negara kita.

Antara faktor penyumbang kejayaan SBP Integrasi Gombak adalah pembudayaan ICT dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara optimum melibatkan guru serta murid, penyediaan kemudahan komputer i-Smart yang boleh diakses sepanjang masa dan pusat pembe­lajaran digital di pusat sumber sekolah.

Selain itu, sekolah ini turut memanfaatkan sepenuhnya Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) dan merupakan Sekolah Mentor bagi Program Intervensi Tablet Guru.

Sementara itu, kategori sekolah rendah dimenangi Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lerek, Terengganu manakala Melaka pula diumumkan Negeri Terbaik Pembestarian Sekolah mengatasi Putrajaya (kedua) dan Terengganu (ketiga).

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Zaidi Yazid dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan, Datuk Jamil Rakon.