Sekolah tersebut telah mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan pada tahun lalu dengan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), seramai tujuh orang pelajarnya memperoleh 10A dan lima orang mendapat 9A.

Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, seorang pelajar telah mendapat 11A diikuti 10A (dua orang) dan 9A (dua orang).

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengetuanya, Hayazi Abdullah.

Antara penerima anugerah utama sekolah berkenaan pada tahun ini ialah Muhammad Daniel Abdul Rahman yang mendapat Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra, Anugerah Cemerlang Akademik (Saw Yi Xuan) dan Anugerah Cemerlang Sukan (Nur Adriana Syahirah Othman).

Bersempena majlis tersebut, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan merasmikan karya seni pelajar ‘Doodle Art’ dan menerima tabik hormat daripada pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan persatuan-persatuan berunifom yang lain.

SMK Tuanku Lailatul Shahreen kini mempunyai seramai 487 orang pelajar tingkatan satu sehingga tingkatan lima, 48 orang guru dan tujuh orang staf sokongan. - UTUSAN ONLINE