Sesi pencerahan tersebut dijalankan oleh Penasihat Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain bersama Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Menurut Dr. Ismail, perisian itu dapat menjadi alat kepada guru-guru untuk memudahkan mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan pelbagai kaedah serta pendekatan mengikut kreativiti masing-masing berasas ciri pembelajaran abad ke-21.

"Kita mahu warga guru dapat menggunakan fitur-fitur secara optimum yang terdapat dalam perisian khas dibina bagi warga pendidik di negara ini.

"Selepas ini, guru-guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di mana-mana sahaja dengan menggunakan tablet ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas Program Intervensi Tutor Guru dan e-Paper Peringkat Negeri di Kolej Vokasional Kuching hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik Kolej, Mohd. Amin Mohamed Noor; Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej, Ros Kip; Ketua Unit Perhubungan Awam, Umar Khalis dan Pegawai Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak, Hasmin Ishak. - UTUSAN ONLINE