Menurut Kamalanathan, per­tandingan ini menjadi platform untuk murid mengembangkan daya kreativiti dan memupuk ke­se­daran semangat cintakan alam sekitar pada usia muda.

“Pertandingan ini juga menyeimbangkan peluang murid untuk meneroka, belajar serta membina kemahiran menganalisis, menyelesaikan masalah, kerja berpasukan dan komunikasi,” katanya.

Pada tahun ini, tema pertan­dingan yang menawarkan hadiah utama wang tunai RM6,000 adalah Perpaduan Untuk Kesejahte­raan Alam Sekitar.

Sekolah yang berminat, perlu menghantar lakaran robot berserta penerangan penggunaan bahan kitar semula sebelum 23 Jun 2017 kepada e-mel [email protected]

Untuk maklumat lanjut atau muat turun borang pertandingan, layari www,.paddlepop.com.my.