Program di bawah Geran Pemindahan Ilmu yang diketuai oleh Dr Marfiah Ab. Wahid ini disertai 70 murid tahun 5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Idaman, SK Ayer Denak, SK Pos Dipang, SK Pos Raya dan tuan rumah, SK Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.

Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk minat ter­hadap inovasi, hasil kreatif dan mendekatkan murid de­ngan kaedah pembelajaran abad ke-21 melalui integrasi sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik.

Murid juga didedahkan tentang kepentingan hutan dan alam sekitar dalam acara jejak hutan ba­gi merangsang deria mereka un­tuk lebih menghargai alam sekitar.

Perkhemahan ini adalah sebahagian daripada program UiTM dan komuniti untuk kepentingan murid terutama yang berada di kawasan luar bandar dan serba kekurangan dari segi kelengkapan pembelajaran.