Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, masalah itu adalah global, bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di negara-negara lain juga.


Katanya, ini kerana banyak kawasan luar bandar dan pedalaman masih  lagi tidak boleh mendapat akses Internet sepenuhnya. 


Menurutnya, susulan itu kementerian berusaha melengkapkan sekolah-sekolah awam di negara ini dengan akses Internet 4G dan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE).


“Untuk memastikan capaian boleh diperoleh sepenuhnya, kementerian konsisten melaksanakan capaian  pemetaan untuk mengenal pasti isu tersebut,” katanya ketika berucap sempena melawat Pameran Teknologi Pendidikan (BETT) 2017  di sini semalam.


Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin.


Beliau yang mengakhiri sesi lawatan ke London selama empat hari itu berharap lebih banyak pempamer teknologi pendidikan akan menyertai BETT Asia 2017 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 15 November hingga 16 November nanti. 


“Ini kerana BETT Asia 2017 yang diadakan di ibu kota adalah untuk rantau Asia dan dengan adanya pameran itu, dapat mendedahkan  para guru  dengan teknologi yang boleh diguna pakai di sekolah bagi memajukan anak bangsa,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE