Hari ini, lengkap berpakaian seragam sekolah, kepemimpinan dua sayap parti di peringkat bahagian itu turun ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Awang Jabar dan SMK Tengku Lela Segara.

Sebanyak 100 buah beg bersama kelengkapan lain diagihkan kepada para pelajar kalangan anak yatim dan juga daripada keluarga miskin.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegerakan Pemuda, Jasmira Othman dan Ketua Puteri UMNO Marang, Laila Mat Daud.

Menurut Jasmira, sebanyak 100 lagi beg dan kelengkapan akan diagihkan kepada para pelajar SMK Seri Payong dan SMK Padang Midin, esok.

“Ini merupakan sebahagian daripada kegiatan tahunan yang melibatkan aspek kebajikan masyarakat setempat, terutama dalam bidang pendidikan,”ujarnya.- UTUSAN ONLINE