Pengerusi biro itu, Cikgu Mohamad Azir Ismail berkata, program berkenaan bermatlamat memberi suntikan semangat dan sebagai satu strategi terancang bagi membantu meningkatkan prestasi akademik murid terbabit.

“Di samping itu, penganjur dapat menyalurkan maklumat dan memberi kesedaran kepada ibu bapa pada sesi ramah mesra bersama mereka.

“Ibu bapa diberi penerangan tentang peranan dan tanggungjawab membantu meningkatkan prestasi anak dalam pelajaran, sahsiah diri dan pelbagai bidang lain,” katanya dalam majlis penutup program ini.

Majlis perasmian penutup disempurnakan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Syed Mahizan Syed Hashim.

Yang turut hadir dalam program yang disertai 475 calon UPSR dari 18 buah sekolah di kawasan Parlimen Padang Rengas ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.