Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, atas sebab itu seluruh warga pendidikan perlu bersiap-siaga dengan kemahiran terkini dalam pengajaran dan PAK-21,  iaitu guru berperanan sebagai pemudah cara kepada murid dalam aktiviti kelas.

"Kementerian Pendidikan menyambut baik inisiatif Utusan Malaysia menerbitkan  Utusan Pelajar yang merupakan akhbar pendidikan kepada PAK-21 di sekolah rendah dan menengah.  

"Kandungan pembelajaran Utusan Pelajar ini bersifat modular, merentas subjek dan kurikulum malah terdapat dua pendekatan turut diketengahkan, iaitu Modul 10 Minit Perhimpunan Sekolah dan Bahan Rangsangan PAK-21," katanya.

Beliau berucap demikian ketika melancarlan Utusan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2017 di Padang A, Angsana Mall Johor Bahru, di sini sebentar tadi.- UTUSAN ONLINE