Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lawatan penanda aras ke Korea Selatan

PELAJAR, ibu bapa dan guru SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban,
PELAJAR, ibu bapa dan guru SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan bergambar kenangan ketika mengadakan lawatan sambil belajar di Maehol High School, Osan, Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.

Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan mengadakan program pertukaran budaya, penandaarasan dan pengantarabangsaan ke Sekolah Tinggi Maehol di Osan, Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.

Bekas Pengetua sekolah ini yang mengetuai lawatan tersebut, Omar Ahmad berkata, pelajar, guru dan ibu bapa berpeluang mempelajari budaya yang diterapkan kepada pelajar di Sekolah Tinggi Maehol.

“Semasa lawatan kita tidak nampak pekerja pembersihan di sekolah itu kerana semuanya dilakukan oleh pelajar dan hasilnya tiada sampah pun kita jumpa.

“Cara mereka menjimatkan ruang di dewan sekolah juga menakjubkan kerana semua kerusi dimasukkan di bawah pentas sementara tiang bola jaring pula digantung di siling.

“Mereka juga amat memen­tingkan masa dan menghormati sesama sendiri terutama yang lebih tua,” katanya.

Program selama empat hari itu merupakan lawatan balas untuk Sekolah Tinggi Maehol yang datang ke SMK Taman Tuanku Ja’afar pada Januari lalu.

Seramai 25 orang turut serta dalam lawatan itu termasuklah ibu bapa pelajar, bekas guru dan kakitangan sekolah.

Semasa lawatan itu, pelajar dan guru kedua-dua sekolah berpeluang berbincang lebih lanjut mengenai pencapaian empat program Apec Learning Community Builders (ALCoB) yang dilaksanakan secara bersama sejak penghujung 2015 hingga 2016.

Tambah Omar, sebelum pulang, semua yang mengikuti pro­gram itu berpeluang melawat tempat-tempat menarik di Korea Selatan antaranya Nami Island dan Everland Theme Park.

SMK Taman Tuanku Ja’afar melanggan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor PT3 dan Tutor SPM sejak tahun lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain