Jia Sien yang belajar di Chung Ling Private High School, Pulau Pinang menang Kategori A: 15-17 Tahun manakala pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor, Nur Fatin Afrina pula mengungguli Kategori B: 18–19 Tahun.

Selaku pemenang utama pertandingan sempena ulang tahun ke-60 Oxford Fajar, dua pelajar ini menerima hadiah wang tunai RM2,000 setiap orang, manakala sekolah mereka pula menerima sejumlah buku mengikut ketinggian mereka.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Urusan (Asia Education), Oxford University Press (OUP), Adrian Mellor sambil disaksikan Pengarah Urusan Oxford Fajar, Sharmini Nagulan.

Pertandingan dalam bahasa Inggeris yang bertemakan Journeys ini menerima 1,200 penyertaan dari seluruh negara.

Pada Julai nanti, pertanding­an Oxford Big Read pula akan diadakan melibatkan pelajar Kategori 1 (10–12 Tahun) dan Kategori 2 (13–14 tahun).

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh dirujuk di www.oxfordfajar.com.my.