Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pe­ngenalan program baharu A-Level ini merupakan tambahan program pengajian sedia ada di peringkat asasi, diploma dan ijazah.

Menurut beliau, program A-Level ini diperkenalkan bertujuan memberikan tiket masuk kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di mana-mana uni­versiti luar negara kerana ia diperaklui serta diiktiraf.

“Pengambilan pertama pelajar yang akan mengikuti program pengajian baharu A-Level akan bermula bulan ini bagi tempoh selama 15 hingga 18 bulan.

“Melalui pengenalan program pengajian baharu A Level ini, Kolej Antarabangsa YPC akan menarik minat lebih ramai pelajar tempatan dan luar negara memilih kolej ini sebagai pilihan utama mereka menyambung pe­ngajian seterusnya membantu me­reka merealisasikan impian un­tuk berjaya dalam kehidup­an,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang hadir sama, Pengarah Kolej Antarabangsa YPC, Datuk Dr. Noel Robert.

Pada masa yang sama, pihak­nya turut menaik taraf makmal mata pelajaran kimia, fizik dan biologi yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan lebih baik dan sistem mesra alam yang melindungi keselamatan pelajar daripada risiko bahaya ketika berada di makmal.

“Perubahan baharu yang dilakukan ini juga melibatkan kerja-kerja menaik taraf laman sesawang YPC agar lebih memudahkan pengguna mengakses kemudahan yang disediakan di samping bagi menarik minat pengunjung khususnya dalam kalangan pelajar antarabangsa,’’ ujarnya.

Beliau menambah, sistem pe­ngurusan kampus juga ditambah baik bagi memudahkan pe­lajar mengakses portal pembe­lajaran bersama pensyarah ma­­­sing-ma­sing selama 24 jam.

“Bagi tujuan itu, mana-mana pelajar terutama mereka yang berada di luar negara dan berminat menyambung pengajian di Kolej Antarabangsa YPC, mereka boleh terus memohon secara atas talian (online) dan meng­akses kemudahan laman web dengan lebih mudah tanpa perlu menghantar borang permohonan secara pos.

“Pensyarah juga kini boleh meletakkan nota pelajaran seca­ra atas talian yang boleh diak­ses oleh pelajar tanpa perlu me­­nunggu masa yang agak lama ba­gi mendapatkan pelbagai bahan atau nota pelajaran,’’ jelas­nya.