Amin Senin
AMIN SENIN

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, jurang pencapaian antara calon di bandar dan di luar bandar juga mengecil sebanyak 0.04 pada 2018 berbanding tahun 2017.

Beliau berkata, sebanyak 58.9 peratus atau 230,465 calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2018 dengan 8,436 calon mendapat gred A+, A dan A- untuk semua mata pelajaran.

“Sebanyak 19 peratus atau 74,360 calon mendapat sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran dan 37.7 peratus atau 147,669 calon lulus mendapat sekurang-kurangnya gred E untuk semua mata pelajaran.

“Peratusan calon yang layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia meningkat sebanyak 1.2 peratus iaitu 86.4 peratus daripada 391,641 calon yang menduduki peperiksaan SPM berbanding 85.2 peratus pada 2017,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman analisis SPM 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE