Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari yang sama.


Menurut kenyataan itu, keputusan SPM calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau pun boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar.


“Calon juga boleh menyemak keputusan SPM 2016 melalui mySMS 15888, perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 16 Mac dan tamat pada pukul 6 petang pada 22 Mac.


“Sebanyak 434,535 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,732 pusat peperiksaan di seluruh negara,” kata kementerian itu dalam kenyataannya di sini hari ini-UTUSAN ONLINE