Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

JAIJ salur lebih RM400,000 untuk pelajar asnaf di Segamat

SEBAHAGIAN murid sekolah agama di DUN Tenang penerima bantuan
SEBAHAGIAN murid sekolah agama di DUN Tenang penerima bantuan pakaian persekolahan bergambar bersama Mohd. Azahar Ibrahim (belakang dua dari kiri) di Sekolah Agama Felda Tenang, Segamat, Johor, semalam.

LABIS 23 Feb. – Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menyalurkan pelbagai bantuan berjumlah RM429,618 kepada para pelajar di daerah Segamat pada tahun ini.

Kadi Derah Segamat, Bahrin Jalal berkata, sebanyak RM267,890 telah disalurkan kepada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah, manakala RM161,728 kepada murid-murid sekolah agama.

“Penerima terdiri daripada keluarga asnaf dan bantuan ber­kenaan termasuk pakaian sekolah, bantuan makanan sihat serta sumbangan untuk tabung badan kebajikan sekolah agama.

“Diharapkan sumbangan ter­sebut mampu membantu pene­rima untuk menimba ilmu de­ngan lebih selesa, seterusnya mencapai kecemerlangan dalam kehidupan,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Agama Felda Tenang, dekat sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim dan turut dihadiri Pegawai Pendidikan Islam Daerah Segamat, Mohd. Faiz Rohani.

Bahrin berkata, di DUN Tenang pula 24 buah sekolah melibatkan 10 sekolah agama, 11 sekolah rendah dan tiga sekolah menengah menerima bantuan berkenaan berjumlah RM230,130.

Sementara itu, Mohd. Azahar berkata, bantuan tersebut merupakan salah satu usaha bagi memastikan golongan asnaf tidak tercicir dalam bidang pendidikan.

“Sumber wang bantuan ini adalah wang zakat yang dibayar oleh umat Islam dan saya harap kesedaran terhadap kewajiban membayar zakat di negeri ini dapat ditingkatkan.

“Selain itu, saya juga berharap hubungan baik dan kerjasama antara ibu bapa dengan guru-guru dapat dikekalkan bagi memastikan anak-anak kita mampu mencapai kecemerlangan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain