Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tutor Guru mantapkan rancangan pengajaran

Wahid Hashim menyampaikan sijil pengiktirafan Sekolah Mentor dan
Wahid Hashim menyampaikan sijil pengiktirafan Sekolah Mentor dan akaun percuma akses ke portal pendidikan Tutor kepada Sumarni Junin selepas tamat Program Intervensi Tablet Guru di SMK Cochrane, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PEMBERIAN Tablet Guru yang mengandungi aplikasi Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia memberi peluang kepada warga pendidik memantapkan rancangan pengajaran mereka dengan menghasilkan lembaran kerja yang mengan­dungi soalan latihan, bahan rangsangan multimdeia dan jawapan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane, Sumarni Junin berkata, penggunaan tablet dengan aplikasi Tutor Guru itu dapat membantu guru mempraktikkan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara sistematik dan berkesan.

“Kemudahan yang disediakan ini mencabar daya kreativiti guru dalam mempelbagaikan teknik PdPc mereka dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang bebanan.

“Sebaliknya, pemberian tablet itu memberi suntikan semangat kepada guru untuk lebih berdedikasi dalam tugas mereka pada masa depan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas tamat Program Intervensi Tablet Guru yang disertai 88 guru sekolah itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program kendalian Pengurus dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim dan Eksekutif Pendidikan Utusan Malaysia, Khairul Azmi Kamaludin itu membimbing guru bagaimana membuat persediaan aktiviti PdPc yang memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21 menggunakan aplikasi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia.

Selepas tamat program itu, SMK Cochrane diiktiraf sebagai Sekolah Mentor untuk dijadikan rujukan sekolah lain di kawasan sekitarnya.

Sekolah ini turut menerima akaun percuma untuk mengakses portal pendidikan di www.tutor.com.my.

Mengulas mengenai program intervensi ini, Sumarni berpendapat, inisiatif berkenaan amat dihargai dan diperlukan oleh guru untuk mengetahui dengan jelas kaedah memanfaatkan tablet dan aplikasi yang disediakan.

“Saya percaya dan yakin guru SMK Cochrane dapat menggunakan kemudahan yang diberikan dengan 100 peratus tanpa mana-mana halangan atau rintangan.

“Malah, selepas mengikuti program ini, guru sudah mula membina lembaran kerja menggunakan aplikasi Tutor Guru,” ujarnya.

Sehingga kini, 120,000 guru di Sarawak, Kuala Lumpur dan Selangor telah menerima Tablet Guru yang mengandungi aplikasi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia.

Bilangannya akan bertambah apabila guru di Negeri Sembilan, Perak dan Putrajaya akan menerima tablet serupa tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain