Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Saiful Yazan Sulaiman berkata, program tersebut dijangka memberi manfaat kepada seramai 15,000 murid dan pelajar di sekolah terlibat.

“Selain kelas tambahan percuma setiap hujung minggu, program ini juga menyediakan seminar kecemerlangan seperti teknik menjawab soalan pepe­riksaan, kelas intensif serta kem motivasi sebagai persediaan bagi murid-murid menghadapi peperiksaan sekali gus mening­katkan pencapaian akademik mereka,” katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran Tuition Rakyat Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nuri, Kuala Pilah, baru-baru ini.’

Sementara itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gurun, Kedah, pelajar yang mengikuti program Tuition Rakyat mula menunjukkan kesan positif.

Pengetua SMK Gurun, Marzuki Yahaya berkata, mungkin belum sampai masanya untuk kita membuat tafsiran secara menyeluruh mengenai keberkesanan program ini kerana penganjurannya baru saja bermula, tetapi tidak dapat dinafikan sudah ada tanda-tanda positif ditunjukkan oleh para pelajar yang mengikutinya.