Walau bagaimanapun, guru be­bas mengaplikasikan Tutor Guru dalam pembangunan Lem­baran Kerja mengikut sele­ra masing-masing.

Perumpamaannya ialah, guru diberikan kereta. Mereka perlu menghidupkan enjin kereta sebagai `salam perkenalan’ apabila mendapat kunci.

Selebihnya, bagaimana cara cikgu hendak memandu dan ke mana hala tuju, terpulang ikut selera.

Perkara yang paling ditekankan ialah peserta wajib mengalami proses daftar masuk (log-in) Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia menggunakan kata laluan yang diserahkan kepada wakil semasa penyerahan tablet masing-masing.

Jika belum dapat, cuba ta­nya wakil-wakil berkenaan sebelum sekolah anda dikunjungi kumpulan intervensi.

Justeru, sila mula meng­akses dan mula mengalami Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia.

Guru boleh mengakses ke­dua-dua aplikasi itu tanpa meng­gunakan tablet yang dibekalkan.

Guru boleh mengakses menggunakan komputer riba, kompu­ter meja atau tablet per­sendirian.

Aplikasi Tutor Guru memberi kemudahan kepada guru untuk membuat persediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penciptaan Lembaran Kerja Digital (LKD) yang mengandungi:

• Soalan untuk latihan

• Sumber rangsangan

multimedia

• Jawapan soalan latihan

Terdapat 2 komponen utama bagi guru mengaplikasi Tutor Guru dalam pengajaran dan pembelajaran:

A. Persediaaan Guru

B. Lembaran Kerja Digital

Komponen ini membolehkan guru memilih soalan yang tersedia ada, memasukkan sumber rangsangan dan memaparkan jawapan melalui fitur-fitur berikut:

1. Cipta Lembaran Kerja Digital

Dalam proses mencipta lembaran kerja digital, guru boleh memilih:

(i) Tahap – UPSR, PT3 & SPM

(ii) Subjek – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

(iii) Bahagian – Topikal, kertas 1 dan kertas 2

(iv) Topik – mengikut topik yang disenaraikan

(v) Paparan soalan - memaparkan informasi jumlah keseluruhan soalan yang tersedia ada dalam simpanan.

(Paparan soalan akan dibuat setelah menerima input soalan-soalan yang dipilih oleh guru).

2. Siapkan Lembaran Kerja

Digital

Komponen ini membolehkan guru melakukan operasi melalui fitur-fitur yang terdapat pada Lembaran Kerja Digital.

(i) Maklumat pengajaran – membolehkan guru memasukkan objektif pembelajaran

(ii) Bank soalan – soalan-soalan yang dipilih oleh guru untuk pe­ngajaran

(iii) Sumber rangsangan – guru boleh memasukkan bahan rangsangan tambahan seperti arahan pengajaran, bahan rujukan teks, bahan grafik (seperti gambar foto) menyisip video dari YouTube, dan melayari Google untuk mencari maklumat terkini sebagai bahan sokongan.

(iv) Jawapan dan perbincangan – paparan jawapan untuk berinteraksi dengan pelajar dalam bilik darjah.

Bahan pengajaran yang dicipta boleh disimpan, dicetak, disunting atau dihapus.

NOTA PENTING

Guru boleh mengaplikasikan Tutor Guru mengikut kreativiti ma­sing-masing dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Tutor Guru boleh dijadikan:

1. Aktiviti sokongan dalam bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Guru boleh memaparkan ke skrin tayangan jika terdapat kemudahan peralatan dan keperluan atau menggunakan PC.

3. Latihan dalam lembaran kerja yang dicipta boleh digunakan dalam kumpulan untuk me­wujudkan pembelajaran yang berasaskan 4C (Communication, Collaboration, Creativity & Critical thinking).

4. Lembaran kerja digital yang dicetak (menggunakan laptop dan PC) boleh dijadikan sebagai latihan individu dalam kelas atau sebagai latihan kerja di rumah atau sebaliknya mengikut konsep flipped classroom.