Menurut Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Dr. Mohd Suhaimi Mohamed Ali, maklum balas ini penting bagi menilai keberkesanan modul dan untuk tujuan membuat penambahbaikkan secara berterusan.

“Terima kasih kepada Utusan Pelajar yang telah memberikan kepercayaan, ruang dan peluang kepada IPG Kampus Ilmu Khas untuk membangunkan Modul 10 Minit ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Utusan Pelajar sempena Festival Hari Guru 2017 di Johor Bahru, baru-baru ini.

Pelancaran yang disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan itu turut dihadiri Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharudin Sharif, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Pengurus merangkap Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Utusan Pelajar mencetak mo­dul ini pada setiap minggu selama 42 edisi bagi memenuhi program penjenamaan PAK-21 oleh Kumpulan Utusan dan Kementerian Pendidikan untuk mencextuskan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.

Objektif modul berkenaan adalah untuk merangsang PAK-21 secara bertema pada setiap minggu semasa perhimpunan sekolah dengan memberi penekanan terhadap kemahiran ko­laboratif dan koperatif antara murid dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek.

Guru-guru boleh memberikan maklum balas menerusi laman sesawang http://www.ipgkik.edu.my/ver5 atau pautan langsung https://goo.gl/forms/XOcG7GtWXRoQ0Qj52.