Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Empower ECER dorong kejayaan Fatin

Fatin SHAHIRAH ABDUL SHAARI menunjukkan plag anugerah cemerlang
FATIN SHAHIRAH ABDUL SHAARI menunjukkan plag anugerah cemerlang yang diperoleh kepada Abdul Shaari Abdul Rahman dan Fadlini Abdul Latif selepas majlis Move The Heart Empower ECER di Marang, Terengganu, semalam.Gambar: DJOHAN SHAHRIN SHAHPemberita: RADHUAN HUSSAIN (AM)

MARANG 25 Feb. – Empat tahun lalu, Fatin Shahira Abdul Shaari, anak seorang penoreh getah dari Kampung Gong Kassim, Merchang dekat sini cuma mendapat keputusan 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pada tahun lalu pula, anak sulung daripada tiga beradik itu sekadar berpuas hati de­ngan keputusan 2A 2B 2C 1E dalam percubaan Pentaksiran Tingkalan 3 (PT3) di sekolah­nya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang.

Namun, kekecewaan itu akhirnya berjaya ditebus pelajar itu apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar PT3 tahun lalu dengan mendapat 10 A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Kecemerlangan dan pening­katan drastik prestasi akademik Fatin Shahira didorong oleh penyertaannya dalam program Latihan Akademik Empower ECER anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) tahun lalu sebagai persiapan menduduki PT3.

“Saya akui, semua ini adalah hasil program Latihan Akademik Empower ECER yang saya sertai tahun lalu.

“Syukur alhamdulillah, saya dan keluarga amat berterima kasih kepada ECER,” katanya sambil ditemani bapa, Abdul Shaari Abd. Rahman berserta ibu, Fadlini Abd. Latif dan dua adiknya.

Fatin Shahira berkongsi kejayaannya itu sewaktu ditemui selepas majlis perasmian penutup Karnival Move The Heart Empower ECER yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A. Latiff Awang di Bangunan Arkeb FRU Wakaf Tapai dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif; Pengurus ECERDC Nege­ri Terengganu, Razlee Hassan dan Penolong Pengarah Teknik dan Vokasional Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Nawang Mohd.

Fatin Shahira berkata, sepanjang menyertai program Latihan Akademik Empower ECER tahun lalu, dia sentiasa memberi lebih tumpuan kepada beberapa subjek lemah terutama Matematik dan Sains.

Fatin Shahira yang bercita-cita menjadi guru matematik, menambah, kejayaan yang diperoleh itu akan menyuntik semangatnya untuk terus menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

“Kejayaan saya ini juga sebagai pembakar semangat kepada dua adik saya untuk sama-sama berjaya dalam pelajaran sekali gus membantu bapa seorang penoreh getah dan juga ibu sebagai suri rumah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain