Program itu melibatkan perjalanan sejauh 2,253 kilometer yang memberi pendedahan dan meluaskan pandangan mereka tentang alam dan kehidupan di sepanjang laluan.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan (KPC), Mariah Ismail itu menjelajah beberapa negeri di Semenanjung dengan menaiki pengangkutan itu bermula di Tanah Merah, Kelantan ke Johor Baharu sehingga ke Padang Besar, Perlis.

Menurut Mariah, di Johor Bahru, rombongan sempat bersama Majlis Belia Negeri Johor dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Johor sebelum meneruskan penjelajahan ke Gemas, Negeri Sembilan.

Mereka kemudiannya menukar tren dengan menaiki kereta api laju ETS bagi meneruskan perjalanan ke Padang Besar yang menyajikan pengalaman baharu bagi kebanyakan mereka yang pertama kali menaiki kereta api.