Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Daftar Masuk U tarik perhatian 500 lepasan sekolah

WAN MOHALINA WAN MOHAMMAD (tengah) bersama penceramah dan peserta
WAN MOHALINA WAN MOHAMMAD (tengah) bersama penceramah dan peserta program Daftar Masuk U di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 22 Feb. – Lebih 500 pelajar lepasan sekolah menengah di Kuala Muda dan Yan mendapat manfaat sempena pro­gram Daftar Masuk U di Dewan­ Munsyi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim di sini.

Program anjuran Biro Pendi­dikan UMNO Bahagian Sungai Petani dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Sungai Petani dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan itu secara tidak langsung menjadi medan buat remaja berkenaan memperoleh pelbagai maklumat berkaitan.

Pengerusi biro itu, Wan Mohalina Wan Mohammad berkata, sambutan lepasan pelajar sekolah menengah untuk menyertai program itu amat menggalakkan.

“Melalui maklumat diberikan, pelajar sendiri boleh membuat keputusan sama ada ingin belajar di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris,” katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut baru-baru ini.

Wan Mohalina berkata, melalui program berkenaan sedikit-sebanyak memberi gambara kepada peserta untuk membuat pilihan tentang pusat pengajian yang sesuai.

“Program begini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pertanyaan terhadap pihak urusetia universiti tersebut.

“Saya gembira kerana program ini berupaya menyelesaikan pelbagai keresahan dalam kalangan ibu bapa berkaitan peluang anak-anak mereka untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan,” katanya.

Sementara itu, seorang peserta, S. Prema Shalini, 18, dari Taman Sinar Mentari, Bedong di sini berkata, dia yang merupakan lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bedong mencari sebuah universiti yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran kelak.

“Ramai pelajar yang berkelayak­-
an memasuki universiti tempatan datang ke program ini tetapi mereka kurang arif hendak buat keputusan tepat.

“Bagaimanapun saya puas hati apabila mendengar ceramah selama tiga jam yang berkaitan kemasukan universiti,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain