Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

CEFL pusat pembelajaran kuasai bahasa Inggeris

Cambridge English For Life (CEFL), rangkaian pusat bahasa Inggeris terbesar di negara ini membuka peluang kepada segenap lapisan masyarakat terutama ibu bapa dan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa antarabangsa itu dengan lebih efektif.

Elsie Chin

Pengasas CEFL, Dr. Elsie Chin (gambar) berkata, aktiviti yang diajar di pusat ini direka bentuk dengan teliti berdasarkan pe­ngalaman dan penyelidikan pegawai-pegawai bahasa di CEFL untuk memberikan cara terbaik dalam pembelajaran bahasa Inggeris.

“Dengan menggunakan permainan video dapat membantu meningkatkan kecekapan komunikatif dan memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam suasana yang menyenangkan dan santai.

“Hal ini kerana pelajar lebih bermotivasi untuk menggunakan bahasa Inggeris ke­rana fokus pembelajaran adalah pada kemenangan bukannya struktur bahasa itu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi e-mel sempena pembukaan cawangan CEFL di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2001, CEFL adalah sebuah pusat yang diberi mandat oleh University of Cambridge English Language Assessment dan pembekal kursus premium Bahasa Inggeris yang diiktiraf untuk pelajar dari umur 4 tahun sehingga dewasa.

CEFL juga diluluskan oleh University of Cambridge International Examinations untuk menyediakan program pem­belajaran untuk guru, yang membawa penganugerahan Sijil Antarabangsa Cambridge dan Diploma Pengajaran dan Pem­belajaran.

Sementara itu, Pengurus Pem­-
bangunan Pendidikan dan Lite­rasi Kanak-Kanak CEFL, Shari Wiemer berkata, kanak-kanak yang bermain permainan video mempunyai pemahaman konsep dan pemikiran yang lebih tajam berbanding kanak-kanak yang hanya diajar melalui buku latihan.

“Oleh itu, ibu bapa perlu mencari cara yang positif bagi mene­rapkan penggunaan teknologi secara seimbang dalam pembangunan minda anak-anak mereka,” saran beliau.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain