Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, cabaran ini hanya tertumpu di daerah Johor Bahru dengan permulaan 100 buah sekolah dan meningkat menjadi 200 buah pada tahun berikutnya.

Pada tahun ini, pertandingan dibuka kepada semua sekolah di negeri Johor dengan 10 pasukan yang mendapat markah tertinggi dalam pusingan kelayakan bagi dua kategori yang dipertandingkan layak ke peringkat akhir.

Dua kategori itu ialah Kategori A: Murid Tahun 1 hingga Tahun 3 dan Kategori B: Murid Tahun 4 hingga Tahun 6.

Satu sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja yang terdiri daripada lima murid dan dua guru pengiring.

Dalam pertandingan ini, peserta perlu bergerak aktif se­perti berlari dan melompat sebagai satu cara memupuk amalan gaya hidup sihat.

Yang lebih utama, pertanding­an ini mendorong peserta untuk berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan sesuatu konflik atau masalah.

Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai, piala pusingan, trofi kemenangan, pingat dan juga hadiah-hadiah lain.

Untuk maklumat lanjut, layari www.angrybirdsactivitypark.my.