Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran) Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Azmi Lateh berkata, untuk mencapai keputusan sekolah terbaik mungkin mudah namun bagi me­ngekalkan reputasi itu menjadi satu tugas yang sukar kerana pasti akan berdepan dengan cabaran serta harapan tinggi semua pihak.

“Tahniah kepada warga sekolah ini kerana berjaya mencapai tempat pertama sekolah terbaik antara SMKA di seluruh negara dalam keputusan SPM 2016 de­ngan mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.15.

“Harapan saya semoga seluruh kakitangan dan pelajar dapat mengekalkan pencapaian tersebut untuk keputusan peperiksaan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-22 sekolah itu di Pedas, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan, Dr. Azhar Ahmad; Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Mohd. Wazir Hamzah; Penolong Pengurus Perbankan Perniagaan 1, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Yasmin Amalina Idris dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Rembau (Pengurusan Sekolah), Mat Rodzi Kadir.

Yang turut hadir ialah Penge­tua SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Saiful Bahrin Abu; Yang Dipertua PIBG sekolah ini, Datuk Omar Osman; Guru Penolong Kanan 1, Maimun Bahari dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Jamaludin Yusof.

Dalam majlis sama, turut diadakan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik, pelancaran Sekolah Perintis Program Kebersihan Tandas Agenda Nasional 2017 dan program Penetapan Target calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan SPM tahun 2017.