Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKDPB, Datuk Nasir Safar, 68, berkata, sambutan jubli emas sekolah tersebut yang diraikan baru-baru ini merupakan penghargaan kepada semua pihak yang telah mencetuskan gelombang baharu dalam wancana pendidikan di sekolah tersebut.

“Kejayaan demi kejayaan yang diraih ini mendorong PIBG untuk bersama-sama terus memikul tanggungjawab bagi memastikan pencapaian tersebut berpanjangan yang dipacu oleh para pelajar pada masa akan datang.

“PIBG akan terus membantu pihak sekolah menyusun program-program bagi peningkatan akademik pelajar supaya cemerlang dalam pe
periksaan dan usaha ini diharap menjadi pendorong dan galakan berterusan kepada ibu bapa dan anak-anak yang belajar di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Alumni SMKDPB, Ahmad Mokri, 54, pula mengakui pencapaian yang diraih oleh sekolah berkenaan amat membanggakan semua warga SMKDPB termasuk bekas pelajarnya.

Penubuhan Alumni SMKDPB pada tahun lalu merupakan langkah awal bagi pihaknya bersama-sama PIBG dan sekolah untuk menjayakan pelbagai program termasuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah tersebut, katanya yang me
nuntut di sekolah itu dari tahun 1973-1978 dan kini merupakan usahawan dalam bidang minyak dan gas.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh yang pernah menyambung pelajaran di tingkatan enam di sekolah berkenan pada tahun 1986 dan 1987, SMKDPB telah berjaya melahirkan ramai tokoh yang berjaya dalam pelbagai bidang di negara ini.

Beliau berharap sambutan jubli emas itu dapat memberi impak besar kepada SMKDPB, khususnya dalam mengumpul semula lebih ramai bekas pelajar yang kini berada di seluruh negara dengan kerjaya masing-masing.